Menu

Selasa, 28 Februari 2012

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Sekolah

Pada 15hb Februari 2012 yang lalu, kami para pendidik bersama-sama dengan ibubapa berganding bahu mengadakan gotong-royong untuk membersihkan segala peralatan mainan, perabot, perkakas dan kawasan PAPN Bukit Peringgit. Sejuk hati kami melihat kesudian para ibubapa menghulur tangan membantu kami melakukan kerja-kerja pembersihan di PAPN Bukit Peringgit.

Tak terduga oleh kami walaupun gotong-royong dilakukan pada hari bekerja, ibubapa tetap menghadirkan diri walaupun mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab lain. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibubapa di atas kesudian kalian membantu kami. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas kebaikan kalian semua.

Walau apa pun, sememangnya ibubapa PAPN Bukit Peringgit sangat baik dan "sporting" lah!!!!!!
 

Go...Go... Chaiyok!!!!!!!........


 Ayah Adam.... Semangatnya!!!!....


 Kaum wanita turut berganding bahu...




Katil, Kerusi dan Meja


Selesai membasuh... semuanya penat... kesiannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan