Menu

Ahad, 11 April 2010

Menghias PERMATA...

Pada 27hb Mac 2010 yang lalu, para ibubapa telah hadir ke PERMATA Bukit Peringgt untuk melakukan aktiviti menghias PERMATA bertepatan dengan tema "TASKA SAYA". Para ibubapa telah bersepakat untuk dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk menghias setiap bahagian di PERMATA iaitu cafe, bilik kuarantin, art n craft, panggung PERMATA dan bilik fizikal.

Terharu saya melihat ketekunan setiap kumpulan dalam menggalas tanggungjawab untuk menyiapkan dan menghias bilik masing-masing. Hiasan yang mereka pilih sememangnya dipilih secara teliti agar bersesuaian dengan jiwa anak-anak meraka yang menghuni PERMATA ini. Bertungkus lumus, turun naik tangga, panjat sana, panjat sini, ....bersepah sana, bersepah  sini....., melekit dek gam, keluar masuk membeli barang keperluan yang tidak mencukupi.....Pendek kata berbagai ragam dan karenah yang dapat saya lihat dari ibubapa ini  agar mereka dapat menyiapkan sekaligus "menceriakan dan memeriahkan" lagi PERMATA Bukit Peringgit ini.



Terima kasih!... ikhlas dari  hati saya selaku Ketua Penyelaras di PAPN Bukit Peringgit kepada semua ibubapa yang telah meberikan seluruh kerjasama kepada pihak PERMATA dalam menjayakan semua aktiviti yang telah kita rancangkan bersama. Moga anak-anak kita akan meghargai hasil kerja kita di dalam usaka kita memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan mereka.

Buat anak-anak PERMATA kalian, dengar kata Teacher..."Jangan rosakkan hiasan baru ni, kesian ayah ibu..penat buat cantik-cantik".....


Bekerjasama menghias bilik fizikal dan bilik kuarantin

Jumaat, 9 April 2010

Sekalung Penghargaan buat Kalian!

THANK YOU VERY MUCH!!!!!!!.........itu yang ada di dalam hati saya ketika ini. Sekalung penghargaan ini saya tujukan kepada Teacher Syidah, Teacher Puteri dan Teacher Wan, guru-guru praktikal KPLI yang sedang bertugas di PAPN BUKIT PERINGGIT ini.

Terima kasih di atas kesudian kalian tanpa banyak rungutan membantu kami menjaga dan menguruskan anak-anak PERMATA di sini sejak pembantu pengurusan murid kami, Puan Lala@Norlaila bercuti rehat selama lebih seminggu atas sebab-sebab kesihatan.Kita bersama-sama bergilir menjaga kebajikan anak-anak, melayan segala karenah mereka yang ada kalanya mencabar emosi diri..Kekurangan tenaga kerja di PAPN ini telah mengheret kalian untuk bersama-sama kami menguruskan anak-anak PERMATA.

Maaf, mungkin bukan kata-kata yang terbaik untuk saya berikan pada kalian di atas kenakalan anak-anak kami "membuli" kalian sehingga kalian diserang "magrain" akibat kerenah anak-anak yang mencampakkan kasut masing-masing ke dalam kolam, menjatuhkan semua barang permainan air yang telah dikemas ke dalam kolam semula, memancutkan air pada kalian sehingga kalian basah kuyup....aduhai...

Jasa kalian...hanya Tuhan yang mampu membalasnya....

Buat Ibu Laila, cepatlah sembuh...kami rindu....

Selasa, 6 April 2010

SEJENAK BERSAMA PAPN BUKIT PERINGGIT


Meriahnya sukaneka dengan kehadiran kaum keluarga anak-anak Permata....






Pelbagai reaksi yang ditonjolkan dan bersorak gembira untuk memberi perangsang kepada anak-anak dalam acara yang disertai...



Taklimat sebelum memulakan acara sukaneka oleh KP (Ketua Pendidik) kepada semua ibubapa




Anak-anak bantu ibu, ibu pulak bantu anak-anak.. "Apa yang penting Kerjasama!!!"...

                                     Solek jangan pulak tak solek..




Lucunya, kaum bapa sudah jadi mumia pulak..hehehehe...









Acara untuk anak-anak Permata bersama kaum keluarga...Hias-hias jangan tak hias pulak..